Lanjutan daripada ura-ura berkenaan permainan My Hero Academia awal minggu ini, tampaknya permainan My Hero Academia semamangnya akan dilancarkan oleh Bandai Namco dengan nama permainan My Hero Academia: One’s Justice yang mana ia bakal tiba di konsol Playstation 4 dan Nintendo Switch.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan permainan tersebut masih belum lagi diumumkan oleh Bandai Namco. Namun menurut laporan Gematsu, permainan tersebut bakal memfokuskan bentuk permainan pertempuran aksi yang mana ia membenarkan pemain untuk menghancurkan kawasan permainan.
Video trailer pertama bagi permainan tersebut juga akan dipertontonkan pada acara Jump Festa 2018 ini pada 16 hingga 17 Disember ini di Jepun. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini berita informasi lanjut berkenaan permainan ini apabila ia diumumkan kelak.