Skip to main content

Atlus minggu ini mengumumkan permainan pengembaraan RPG Persona 5 kini telah terjual melebihi 2 juta salinan seluruh dunia. Ia merupakan hasil jualan untuk kedua-dua versi Jepun dan juga versi global yang mana ia mula dilancarkan September 2016 lepas bagi versi Jepun, manakala versi global ia dilancarkan pada April tahun ini.

Ini merupakan satu kejayaan yang besar bagi Atlus yang mana Naoto Hiraoko, presiden dan CEO Atlus menyatakan bahawa mereka sangat berbangga dengan kejayaan permainan Persona 5 yang mana ia mewakilkan kejayaan bagi genre permainan JRPG buat peminat. Beliau juga menyatakan dimana mereka akan membawa pelbagai lagi permainan yang menarik menjelang tahun 2018.

Pada Ogos lepas juga, Atlus mengumumkan tiga permainan baru buat siri Persona iaitu Persona 3: Dancing Moon Night, Persona 5:Dancing Star Night dan juga siri Persona Q2 yang baru buat Nintendo 3DS.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah buat Atlus dengan kejayaan tersebut. Mungkin juga dengan kejayaan ini kita bakal menerima sebilangan lagi permainan baru buat siri Persona dalam masa terdekat?

Leave a Reply