Informasi Permainan Video Terkini
PlayerUnknown’s Battlegrounds Disasarkan Untuk Mampu Berjalan Pada 60fps Di Xbox One X

PlayerUnknown’s Battlegrounds Disasarkan Untuk Mampu Berjalan Pada 60fps Di Xbox One X

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

PlayerUnknown’s Battlegrounds dijadualkan untuk hadir ke Xbox One pada 12 Disember 2017 kelak. Bercakap mengenainya, pembangunnya kini mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk dapat menjalankan PlayerUnknown’s Battlegrounds pada Xbox One X dengan kadar 60fps.

Walaubagaimanapun, pada Xbox One, ia mungkin dihadkan pada kadar yang lebih rendah. Pembangun permainan berkenaan akan menguji ia pada beberapa kadar berbeza, tetapi mereka menyasarkan untuk meningkatkan ia kepada 60fps di Xbox One X.

Disamping pada Xbox One, pihak pembangunnya juga kini bekerjasama dengan Tencent untuk membawa permainan berkenaan untuk peranti mudah-alih.

Fenomena permainan bergenre Battle Royale ini dijangka akan terus popular untuk bulan-bulan akan datang – apatah lagi dengan lebih ramai yang memfokuskan kepada arena yang lebih kurang sama.