Humble Store hari ini menawarkan satu lagi permainan untuk PC secara percuma, iaitu The Bureau: XCOM Declassified. Permainan yang dibangunkan oleh Take2 Games ini ditawarkan percuma untuk Windows dan juga Mac.
Permainan ini mengambil latar masa sekitar 1962, dan memerlukan pasukan anda yang dinamakan The Bureau untuk menyiasat pelbagai perkara misteri dan menyerang musuh yang kuat. Anda akan memainkan watak Carter, dan membawa skuad anda untuk menyerang dan melindungi umat manusia daripada dibunuh.
Bagi anda yang berminat, anda boleh menebus permainan ini secara percuma di Humble Store hari ini, dan menambah ia pada koleksi Steam anda.
[download]Muat-Turun The Bureau: XCOM Declassified[/download]