Informasi Permainan Video Terkini
Permua PUBG Dijangka Diperkenalkan Dalam Masa Dua Hari

Permua PUBG Dijangka Diperkenalkan Dalam Masa Dua Hari

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Ia telah dilaporkan sebelum ini yang mana Tencent bakal melancarkan permua PlayerUnknown’s Battlegrounds tidak lama lagi di China. Terkini, menurut perkongsian yang hadir daripada Daniel Ahmad, Tencent mungkin memperkenalkannya pada awal Disember 2017 ini.

PlayerUnknown’s Battlegrounds untuk permua dijangka akan mengekalkan konsep permainan yang sama seperti di PC, dan dioptimasikan untuk kawalan skrin sentuh.

Bersempena dengannya juga, Tencent telah menyediakan sebuah trailer ringkas bagi permua berkenaan.

Langkah pengenalan versi permua untuk PUBG ini mungkin sedia dijangka ramai – memandangkan terdapat pelbagai permua lain dengan corak permainan yang lebih kurang sama. Ia mungkin akan lebih menarik dan mudah untuk Bluehole dan juga Tencent untuk mencapai angka pemain yang lebih tinggi dengan memperkenalkan versi permua rasmi untuknya sendiri – sekaligus mengelak pelbagai versi klon untuknya mendapat angka pemain yang tinggi.

Seperti biasa, ia masih menjadi tanda tanya sama ada PlayerUnknown’s Battlegrounds untuk permua ini akan ditawarkan untuk peringkat global atau hanya untuk China sahaja.