Dengan populariti bentuk permainan Battle Royale yang semakin berleluasa sekarang, tambahan dengan pelancaran pelbagai permainan seakan PUBG di peranti-peranti telefon pintar oleh NetEase dan 505 Games, Tencent kini mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama bersama Bluehole untuk membangunkan permainan PUBG versi peranti telefon pintar yang mana ia akan dilancarkan secara esklusif di Cina.

Menurut Tencent, permainan tersebut akan mengekalkan konsep bentuk permainan dan struktur permainan yang sama dengan versi PC PUBG, namun ia akan diubah-suai dengan sokongan kawalan skrin sesentuh dan skrin yang lebih kecil. Namun, Tencent tidak mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara global ataupun tidak.

Walaupun begitu, antara permainan yang terkenal yang dikeluarkan oleh Tencent, iaitu Honor Of Kings kini juga telah dilancarkan secara global sebagai Arena Of Valor. Mungkin permainan PUBG versi permua juga akan diberi layanan yang sama pada masa akan datang.

Tencent juga mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan permainan PUBG tersebut sebagai pengeluar rasmi bagi versi PC di negara tersebut. Pada awal bulan ini juga, Bluehole Studio mengumumkan bahawa permainan PUBG versi Xbox One juga akan dilancarkan pada 12 Disember ini. Manakala versi penuh permainan PUBG iaitu 1.0 juga bakal dilancarkan pada penghujung Disember ini, menurut BlueHole Studio.

Sohor Kini