Tahun ini merupakan tahun yang penting buat permainan Final Fantasy kerana ia merupakan ulang tahun yang ke-30 buat siri permainan tersebut. Namun, minggu ini, menurut pengurus penjenamaan Square-Enix, Shinji Hashimoto menyatakan bahawa 2018 merupakan tahun yang besar bagi siri permainan tersebut.
Melalui temu ramah bersama saluran Youtube Edamame Arcade Channel, Shinji Hashimoto menyatakan bahawa Square-Enix sekarang tengah bersedia untuk untuk mengumumkan sebilangan permainan Final Fantasy pada tahun 2018. Beliau juga menyatakan terdapat sebilangan studio pembangun permainan yang sedang membangunkan beberapa projek berkenaan Final Fantasy.
Namun begitu, Square-Enix masih belum lagi mengumumkan sebarang kemaskini bagi sebilangan permainan Final Fantasy yang diperacahkan Shinji Hashimoto. Walaubagaimana pun, Hajime Tabata juga menyatakan beliau akan melancarkan sebilangan DLC pernambahan bagi permainan Final Fantasy XV menjelang 2018 ini ketika siaran langsung ulang tahun pertama Final Fantasy XV semalam. Tambahan juga, Square-Enix juga bakal melancarkan permainan Final Fantasy XV: Windows Edition buat PC pada tahun depan.
Namun, ini juga mungkin bermaksud bahawa Square-Enix mungkin akhirnya akan berkongsi lanjut berkenaan permainan Final Fantasy VII Remake yang mana mereka umumkan ketika E3 2015. Berdasarkan kenyataan Shinji Hashimoto juga, Square-Enix juga mungkin akan mengumumkan sebilangan lagi permainan baru daripada siri Final Fantasy. Seperti biasa, nampaknya kita hanyalah perlu menanti saat tersebut sehingga Square-Enix mengumumkan informasi lanjut.