Playstation Awards 2017 baru sahaja berlangsung di Jepun dimana Sony Interactive Entertaiment memberi sebilangan anugerah buat permainan-permainan yang dilancarkan di konsol Playstation dan memfokuskan anugerah tahunan buat permainan yang terlaris di rantau Asia.
Berikut adalah anugerah permainan yang dimenangi oleh sebilangan permainan mengikut kategori kemenangan.
Kategori pertama adalah Double Platinum Prize, iaitu permainan yang memperoleh jualan melebihi 2 juta salinan. Permainan yang berjaya memenangi anugerah tersebut adalah Minecraft: Playstation Edition oleh Mojang.
Platinum Prize, iaitu permainan yang memperoleh jualan melebihi 1 juta salinan dimenangi oleh:
Gold Prize iaitu permainan yang memperoleh jualan melebihi 500,000 salinan. Permainan yang dianugerah kategori ini adalah:
Kategori seterunya adalah Playstation Network Award iaitu 3 permainan atas-talian terbaik antara 1 Oktober 2016 sehingga 30 September 2017. Permainan yang dianugerahkan adalah:
Kategori seterunya adalah User’s Choice Award iaitu 10 permainan terbaik yang diundi oleh pengguna Playstation di Jepun dan Asia. 10 permainan yang dianugerahkan adalah:
Kategori seterusnya adalah Playstation VR Award iaitu 3 permainan realiti-maya terbaik Playstation VR. 3 permainan yang dianugerahkan adalah:
Kategori terakhir adalah Indies & Developer Award iaitu 3 permainan indie terbaik yang dilancarkan di konsol Playstation. 3 Permainan tersebut adalah:
Bagi anda yang berminat untuk menonton acara tersebut, anda boleh melayari laman Youtube Playstation Japan untuk menonton keseluruhan acara tersebut. Sempena acara tersebut juga, Sony Interactive Entertainment juga mengadakan promosi khas di PSN Store dengan sebilangan permainan yang ditawarkan dengan harga diskaun. Jika anda berminat untuk mendapatkan sebilangan permainan yang ditawarkan, anda boleh melayari laman PSN Store dibawah.
Jualan Promosi : Playstation Awards 2017