Skip to main content

Sony Interactive Entertainment minggu ini akan mengadakan acara khas Playstation Awards 2017 yang mana ia akan disiarkan secara langsung di laman rasmi Playstation dan juga di Youtube.

https://www.youtube.com/watch?v=1rb-2I46vVc

Acara tersebut akan berlangsung pada 30 November (Khamis) jam 4 petang. Playstation Awards 2017 akan memfokuskan anugerah tahunan buat permainan yang terlaris di rantau Asia. Terdapat 5 kategori yang akan dianugerahkan, antaranya adalah:

  • Platinum Prize – Permainan yang memperoleh jualan melebihi 1 juta salinan
  • Gold Prize – Permainan yang memperoleh jualan melebihi 500,000 salinan
  • Playstation Network Award – 3 permainan terbaik antara 1 Oktober 2016 sehingga 30 September 2017
  • User’s Choice Award –  10 permainan terbaik yang diundi oleh pengguna Playstation di Jepun dan Asia
  • Playstation VR Award – 3 Permainan terbaik Playstation VR
  • Indies & Developer Award – 3 permainan inde terbaik

Pada masa yang sama, bersempena dengan acara tersebut, Sony Interactive Entertainment juga mengadakan jualan promosi khas bagi permainan Playstation 4 di PSN Store dengan jumlah diskaun sehingga 70%.

Terdapat pelbagai permainan yang ditawarkan, antaranya adalah:

  • Persona 5 RM219 RM175.20
  • The Witcher 3: Game Of The Year Edition RM189 RM94.50
  • Fallout 4 RM125 RM62.50
  • Heavy Rain & Beyond: Two Souls Collection RM185 RM92.50
  • Battlefield 4 RM69 RM20.70
  • Battlefield Hardline RM69 RM20.70

Terdapat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan bersama berkas-berkas bersama sebilangan permainan. Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton Playstation Awards 2017 yang akan berlangsung pada 30 November ini dan membeli permainan-permainan sempena promosi Playstation Award 2017 ini di PSN Store sehingga 13 Disember ini.

[info] Jualan Promosi : Playstation Awards 2017 [/info]

Leave a Reply