Tencent nampaknya kini benar-benar memfokuskan kepada permainan dalam genre Battle Royale. Selain menawarkan permua serta mempunyai hak untuk penerbitan PUBG di China, kini mereka turut sedang membangunkan sebuah permainan baru dibawah genre sama, dinamakan sebagai Europa.

Europa dilihat menawarkan rekaan grafik yang lebih baik berbanding dengan PUBG, disamping menyertakan beberapa ciri-ciri menarik tambahan. Antaranya adalah pengguna turut boleh menghancurkan dan mengambil kelebihan barangan serta bangunan dipersekitaran, selain turut menyertakan peralihan cuaca dan masa yang membuatkan pemain lebih mengadaptasi terhadap persekitaran mereka.

Selain daripada itu, bentuk permainan adalah lebih kurang sama seperti PUBG, dimana sekitar 100 pemain akan dijatuhkan di kepulauan, dan pemain terakhir akan memenanginya.

Buat masa ini, Tencent dilihat hanya menyasarkan untuk menawarkannya di China sahaja. Halaman Europa di Steam mengatakan permainan ini tidak akan ditawarkan dalam bahasa Inggeris.

Europa dijangka akan ditawarkan dalam bentuk beta pada Disember 2017 ini.

Sohor Kini