Bagi para pelanggan PlayStation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan Disember 2017 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak tujuh permainan yang ditawarkan untuk para pengguna.

Bermula 7 Disember sehingga 10 Januari 2018 ini, pengguna Playstation Plus bakal mendapat 7 permainan tersebut :

  • Ratchet & Clank (PS4)
  • Knack (PS4)
  • Dungeon Punks (PS4 & PS Vita)
  • The Last Blade 2 (PS4 & PS Vita)
  • Until Dawn Rush Of Blood (PSVR)
  • Zombie Driver HD (PS3)
  • Bioshock (PS3)

Selain daripada itu, Sony juga menyertakan kereta khas Ford Focus Gr.B Rally Car bagi mereka yang mempunyai permainan Gran Turismo Sport bagi mereka yang melanggani Playstation Plus.

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 7 Disember sehingga 10 Januari. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan November, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 6 Disember ini.

Sohor Kini