Bagi para pelanggan PlayStation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan November 2017 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak lima permainan yang ditawarkan untuk para pengguna.
Bermula 9 November sehingga 6 Disember ini, pengguna Playstation Plus bakal mendapat 5 permainan tersebut :
- Worms Battleground (PS4)
- Wasteland 2 Director’s Cut (PS4)
- Crypt of the NecroDancer (PS4 & PS Vita)
- Ragdoll Kung Fu Fist Of Plastic (PS3)
- Until Dawn Rush Of Blood (PSVR)
Selain daripada itu, Sony juga menyertakan kereta khas Audi Sport Quattro S1 Pikes Peak bagi mereka yang mempunyai permainan Gran Turismo Sport bagi mereka yang melanggani Playstation Plus.
Menariknya juga, Playstation sudah mula menawarkan permainan Playstation VR sebagai permainan percuma bulanan bermula dengan RIGS pada September yang lepas. Pada bulan November ini, Playstation menawarkan Until Dawn: Rush Of Blood bermula 6 November sehingga 10 Januari sempena ulang tahun pertama Playstation VR.