Skip to main content

Bandai Namco hari ini akhirnya mempertontonkan trailer pertama buat permainan realiti-maya One Piece: Grand Cruise yang mana ia bakal tiba di Playstation VR pada 2018 ini. Permainan ini diumumkan pada Julai yang lepas yang mana ia mendapat sokongan daripada Eiichiro Oda, pelukis asal manga One Piece tersebut.

Melalui permainan realiti-maya ini, pengguna boleh berjalan-jalan di kapal mereka, serta berinteraksi dengan rakan-rakan lanun yang lain. Pemain akan menjadi seorang perantis lanun bagi krew Straw Hat Pirates dimana pemain akan berlayar bersama seluruh krew Straw Hat Pirates dan berinteraksi dengan krew-krew dan juga pelbagai bentuk permainan lain seperti pertempuran di laut dan sebagainya.

Buat masa ini, Bandai Namco menyatakan bahawa permainan ini dilancarkan secara esklusif di Playstation 4 melalui sokongan set realiti-maya Playstation VR. Permainan ini juga dirancangkan untuk dilancarkan pada 2018 ini.

Leave a Reply