Pada Oktober lepas, Greenheart Games mengumumkan bahawa permainan Game Dev Tycoon yang dilancarkan di PC pada 2013 lepas bakal tiba di peranti telefon pintar. Kini, Game Dev Tycoon dilancarkan secara rasmi buat iOS dengan harga RM19.90.
Game Dev Tycoon adalah permainan simulasi dimana anda adalah seorang pembangun permainan. Bermula dari tahun 80-an, anda bakal membawa watak anda dan mengawal segala pengeluaran dan juga pembangunan permainan termasuklah menetap segala tajuk permainan, asset permainan dan sebagainya di pelbagai konsol keluaran syarikat lain.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permua ini di iOS, anda boleh melayari App Store dibawah dan membelinya dengan harga RM19.90. Manakala, ia juga boleh dimainkan di PC melalui Steam dengan harga RM23. Versi Android pula bakal dilancarkan pada Januari 2018.
[info] Steam : Game Dev Tycoon [/info] [info] App Store : Game Dev Tycoon [/info]