Informasi Permainan Video Terkini
Permua Game Dev Tycoon Bakal Tiba Di iOS Dan Android

Permua Game Dev Tycoon Bakal Tiba Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Okt 18, 2017 oleh .

Bagi anda yang bercita-cita untuk menjadi pembangun permainan mahupun ingin mencipta permainan ketika masa lapang anda, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permua Game Dev Tycoon yang bakal tiba di iOS dan Android ini.

Permainan ini asalnya dilancarkan di Steam dengan harga RM23 pada 2013 yang lepas. Ia dibangunkan oleh Greenheart Games dan kini mereka memperacahkan sebuah video trailer yang menayangkan bahawa permainan ini bakal tiba pada telefon pintar. Menurut pembangun permainan tersebut, permua ini bakal tiba di iOS pada 28 November ini diikuti dengan versi Android pada Januari 2018.

Game Dev Tycoon adalah permainan simulasi dimana anda adalah seorang pembangun permainan. Bermula dari tahun 80-an, anda bakal membawa watak anda dan mengawal segala pengeluaran dan juga pembangunan permainan termasuklah menetap segala tajuk permainan, asset permainan dan sebagainya di pelbagai konsol keluaran syarikat lain.

Buat masa ini permainan ini boleh dibeli di Steam dengan harga RM23. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan versi iOS dan Android, anda boleh menandakan di kalendar anda pada 28 November ini untuk versi iOS dan Januari 2018 untuk versi Android.