Bagi anda yang meminati siri-TV X-Files yang mengkaji pelbagai kejadian luar biasa, kini anda turut boleh memainkan watak detektif dalam siri berkenaan. Foxnet Games kini telah mengumumkan yang mana mereka bakal hadir dengan permua The X-Files : Deep State pada 2018 kelak.

X-Files Games

Seperti pelbagai permua genre detektif yang lain, para pemain perlu menyelesaikan pelbagai tekaria yang hadir, mencari bahan bukti, serta membuat kajian berkaitan pelbagai misteri luar biasa yang berlaku.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat untuk permua ini pada laman rasmi X-Files Games. Melalui kiraan yang diperlihatkan pada laman berkenaan, kita mungkin melihat permua ini dilancarkan untuk iOS dan Android pada bulan Februari kelak.

Layari : X-Files Games

Sohor Kini