Humble Bundle sering hadir dengan pelbagai promosi menarik, dan terkini mereka bekerjasama dengan pihak Codemaster untuk menawarkan pelbagai permainan lumba kereta pada harga diskaun.

Humble Codemaster Bundle

Pada nilai minima $1, pengguna diberikan empat permainan lumba kereta, iaitu F1 Race Stars, F1 2011, F1 2012, dan juga Toybox Turbos.

Menariknya, pada harga bayaran purata (sekitar $7.39 ketika artikel ditulis), Codemaster menawarkan Grid 2, F1 2014, F1 2015, F1 Race Stars, dan juga kandungan DLC serta diskaun untuk beberapa permainan baru mereka.

Dan akhir sekali, pada harga $15 dan ke atas, pengguna diberikan permainan Dirt Rally, F1 2016 dan juga Micro Machines World Series.

Humble Bundle turut menjanjikan bakal menambah beberapa permainan lain dalam hari-hari akan datang – sekaligus membolehkan anda yang telah membeli Humble Bundle ini untuk menebusnya kelak.

Bagi anda yang meminati permainan lumba kereta, mungkin boleh menyemak penawaran Humble Bundle ini hari ini. Semua ditawarkan untuk PC, dan kod penebusan diberikan melalui Steam.

Layari : Humble Bundle

Sohor Kini