GRID : Autosport merupakan salah satu permainan lumba kereta, dan hari ini, penerbitnya telah pun melancarkan permainan GRID : Autosport pada iPhone, dan boleh dimuat-turun oleh para pengguna tempatan.

GRID : Autosport ditawarkan secara berbayar, dimana pengguna boleh mengakses lebih 100 buah kereta dan juga 100 litar lumba menarik dengan cabaran berbeza. Penerbitnya menjanjikan grafik pada kualiti konsol – sekaligus membuatkan keperluan untuk peranti yang memainkannya agak tinggi.

Disebabkan itu, permainan lumba kereta ini ditawarkan untuk pengguna iPhone 7 dan terkini , atau iPad 2017 atau iPad Pro. Pengguna juga akan memerlukan ruangan kosong sekitar 6GB untuk memasang permainan berkenaan – dan ia dicadangkan anda mempunyai sekurang-kurangnya 8GB ruangan kosong.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permua terbitan Feral Interactive ini daripada AppStore pada harga RM39.90 hari ini.

Muat-Turun GRID Autosport untuk iOS

Sohor Kini