Skip to main content

Seperti dijanjikan, kini anda yang meminati permainan Ragnarok Online sudah boleh memainkan ia pada pelayan Malaysia. Buat masa ini, ia ditawarkan dalam bentuk beta tertutup – dan semua data yang anda mainkan ketika dalam fasa ini akan dipadam sepenuhnya menjelang penawaran beta terbuka kelak.

Ragnarok Online adalah salah satu permainan berbentuk MMO yang popular, menawarkan pelbagai watak pilihan untuk dimainkan, selain memudahkan pemain berinteraksi antara satu sama lain.

Pihak penerbitnya menyediakan beberapa ganjaran khas bagi anda yang berjaya mencapai tahap lebih 30 ketika fasa beta tertutup ini. Fasa beta tertutup ini akan ditamatkan pada 29 November pada pukul 3 petang.

Ragnarok Online

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun klien Ragnarok Online ini hari ini, dan mencubanya dalam bentuk beta tertutup sebelum mula memainkannya secara serius dalam bentuk beta terbuka kelak.

[download]Muat-Turun Klien Ragnarok Online[/download]

Leave a Reply