Lanjutan daripada pengumuman permua Naruto x Boruto: Ninja Voltage oleh Bandai Namco Ogos lepas, permua tersebut kini boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.

Permua ini adalah berbentuk aksi RPG, dimana pengguna boleh bermain secara perseorangan atau bersama rakna-rakan dalam memperkukuhkan kubu dan menewaskan pihak lawan. Sejumlah misi turut disediakan yang memerlukan pengguna menyelesaikannya sebelum ke fasa-fasa berikutnya.

Seperti biasa, sejumlah watak boleh dimainkan, termasuk Naruto, Sasuke, mahupun Boruto sendiri. Permua ini juga mengandungi beberapa mikro-transaksi dimana pemain boleh beli untuk dapatkan beberapa kelengkapan di dalam permainan tersebut. Permua juga menyokong bentuk permainan multi-pemain sehingga 4 pemain.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permua tersebut, anda boleh muat-turun di App Store untuk iOS dan Google Play Store untuk Android.

App Store : Naruto x Boruto: Ninja Voltage

Google Play Store : Naruto x Boruto: Ninja Voltage

Sohor Kini