Bandai Namco hari ini turut telah mengumumkan salah satu permainan mudah-alih (permua) yang akan datang tidak lama lagi pada peranti Android dan iOS, iaitu Naruto x Boruto: Ninja Voltage.
Permua ini adalah berbentuk aksi RPG, dimana pengguna boleh bermain secara perseorangan atau bersama rakna-rakan dalam memperkukuhkan kubu dan menewaskan pihak lawan. Sejumlah misi turut disediakan yang memerlukan pengguna menyelesaikannya sebelum ke fasa-fasa berikutnya.
Seperti biasa, sejumlah watak boleh dimainkan, termasuk Naruto, Sasuke, mahupun Boruto sendiri.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran yang diumumkan oleh Bandai Namco.