Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman sidang media khas permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age, Square-Enix akhirnya mengumumkan kemaskini terbaru buat permainan tersebut bersempena kejayaan hasil jualan permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age melebihi 1 juta salinan.

Kemaskini yang diumumkan adalah mod permainan Sky Pirate’s Den dimana ia tidak disertakan bersama ketika pelancaran permainan tersebut Julai lepas. Sky Pirate’s Den kembali dimana asalnya mod ini disertakan di permainan asalnya ketika dilancarkan di Playstation 2 pada 2006 lepas. Mod ini membenarkan watak-watak dan musuh-musuh Final Fantasy XII muncul secara bentuk sprites dimana pemain boleh memperolehnya dengan melakukan beberapa perkara di dalam permainan tersebut.

Square-Enix juga menyertakan bersama tema khas Playstation 4 dimana pemain boleh memuat-turunnya di PSN Store secara percuma. Tema tersebut merupakan rekaan Eruty Village yang diinspirasikan berdasarkan hasil karya Hideo Minaba.

Bagi anda yang masih belum memiliki permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan tesebut yang dipernambah-baikkan secara esklusif di Playstation 4 sekarang.

Leave a Reply