Pada Oktober lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa permainan Final Fantasy XII telah terjual melebihi 1 juta salinan seluruh dunia buat versi digital dan juga fizikal. Kini, bersempena dengan kejayaan tersebut, Square-Enix menyatakan mereka bakal mengadakan acara sidang media khas secara langsung pada 21 November ini.
Sidang media khas tersebut akan dipertayangkan di Youtube pada 21 November ini jam 7 malam (Waktu Malaysia). Menurut Square-Enix juga, mereka bakal mengumumkan berita gembira khas buat peminat Final Fantasy XII.
Bagi anda yang masih belum memiliki permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan tesebut yang dipernambah-baikkan secara esklusif di Playstation 4 sekarang.