Square-Enix bersama Drecom hari ini mengumumkan permua World Of Final Fantasy: Meli-Melo iaitu permua yang berdasarkan permainan World Of Final Fantasy yang dilancarkan 2016 lepas di Playstation 4 dan Playstation Vita. Square-Enix juga mengumumkan permainan tersebut bakal tiba di PC melalui Steam bermula 22 November ini.
World Of Final Fantasy: Meli-Melo bakal memfokuskan permainan kasual dimana ia akan dilancarkan secara percuma dengan pelbagai mikro-transaksi untuk pemain mengumpul makhluk-makhluk Mirages bersama watak-watak daripada Final Fantasy. Ia juga akan menggunakan sistem ‘Staking’ seperti permainan asal dimana pemain berupaya untuk menyusun makhluk dan watak daripada permainan tersebut untuk bertempur.
Menurut Square-Enix, mereka sebelum ini sememangnya merancang untuk melancarkan permainan tersebut secara mudah-alih. Namun, mereka ingin memfokuskan dahulu untuk edisi konsol dan akan menggunakan segala asset permainan tersebut untuk edisi permua pada masa akan datang.
Namun Square-Enix tidak lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancaran bagi permua tersebut. Namun bagi anda yang berminat untuk pra-daftar permainan tersebut, ia kini dibuka bagi sesiapa yang berminat untuk membuat pra-pendaftaran bagi permua tersebut di laman rasmi permua World Of Final Fantasy: Meli-Melo
[info] Pra-Daftar : World Of Final Fantasy: Meli-Melo [/info]