Informasi Permainan Video Terkini
World Of Final Fantasy Bakal Tiba Di Steam Pada 21 November Ini
PC

World Of Final Fantasy Bakal Tiba Di Steam Pada 21 November Ini

Diterbitkan pada November 1, 2017 oleh .

Permainan pengembaraan RPG World Of Final Fantasy yang asalnya dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita pada 2016 lepas, kini permainan tersebut bakal tiba di PC melalui Steam pada 21 November ini.

World Of Final Fantasy adalah permainana pengembaraan RPG yang memfokuskan pertempuran secara turutan. Pemain berupaya untuk menangkap, mengubahsuai dan membela pelbagai makhluk-makhluk daripada siri permainan Final Fantasy dan mengembara bersama Reynn dan Lann di dalam dunia Grymoire.

Permainan ini juga bakal disertakan bersama fungsi Steam Trading Cards, Steam Achievement dan sokongan kawalan papan-kekunci serta alat kawalan permainan. Square-Enix juga bakal menyertakan kesemua watak dan makhluk terhad seperti Sephiroth, Balthier, White Chocobo dan Glow Moogle secara bersama dengan permainan ini.

Square Enix juga menyatakan bahawa bagi mereka yang membeli permainan tersebut bermula 21 hingga 28 November, Square-Enix akan menyertakan latar belakang khas bersama muzik latar bagi pemain secara bersama.

Bagi peminat siri Final Fantasy, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan comel pengembaraan RPG World Of Final Fantasy pada 21 November ini di Steam.