Informasi Permainan Video Terkini
Street Fighter V Menambah Kostum Bertemakan Krismas Dan Nostalgia Minggu Ini
PC

Street Fighter V Menambah Kostum Bertemakan Krismas Dan Nostalgia Minggu Ini

Diterbitkan pada November 21, 2017 oleh .

Bersempena dengan musim perayaan Krismas ini, Capcom minggu ini bakal melancarkan kostum khas musim perayaan Krismas buat watak Kolin, Alex, Menat, Cammy, Chun-Li, Karin, Balrog dan Birdie. Pada masa yang sama, Capcom juga akan menyertakan kostum khas nostalgia berdasarkan permainan-permainan lama Street Fighter. Antaranya adalah kostum Chun-Li daripada siri permainan Street Fighter Alpha.

Street Fighter V adalah permainan perlawanan yang dilancarkan pada 2016 lepas. Ia dilancarkan secara esklusif di PC dan Playstation 4. Capcom juga baru-baru ini mengumumkan Street Fighter V: Arcade Edition dimana ia merupakan edisi lengkap bagi permainan tersebut.


TIPS & ULASAN