Informasi Permainan Video Terkini
Street Fighter V: Arcade Edition Diumumkan Secara Rasmi Oleh Capcom

Street Fighter V: Arcade Edition Diumumkan Secara Rasmi Oleh Capcom

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Lanjutan daripada Street Fighter V: Arcade Mode yang tertiris di Amazon, Capcom akhirnya mengumumkan permainan tersebut secara rasmi dan ia bakal tiba pada 16 Januari 2018.

Seperti yang ditulis di artikel yang lepas, Street Fighter V: Arcade Edition ini menyertakan beberapa tambahan seperti mod galeri, Arcade Mode yang mempunyai enam jalan tema yang berbeza berdasarkan permainan klasik Street Fighter, mod Extra Battle, paparan antara-muka yang baru dan teknik V-Triggers yang baru bagi setiap watak.

Menariknya juga, Street Fighter V: Arcade Edition juga akan menyertakan kesemua watak-watak yang dikeluarkan secara dua musim yang lepas. Sekaligus pemain tidak lagi perlu membeli sebarang pas musim watak yang dilancarkan sebelum ini oleh Capcom jika mereka mendapatkan permainan ini.

Walaubagaimana pun, bagi pemain yang membeli Street Fighter V lebih awal, mereka masih lagi perlu mendapatkan watak-watak tersebut seperti biasa, tetapi kemaskini yang lain seperti V-Triggers dan Arcade Mode boleh didapati secara percuma untuk kesemua versi Street Fighter V.

Bagi anda yang memelikik Street Fighter V mahupun belum lagi mempunyainya, adakah anda akan mendapatkan permainan perlawanan ini? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen dibawah.