Informasi Permainan Video Terkini
Ulang-Tahun Ke-10 Uncharted Disambut Dengan Kandungan Khusus Untuk PlayStation

Ulang-Tahun Ke-10 Uncharted Disambut Dengan Kandungan Khusus Untuk PlayStation

Diterbitkan pada November 20, 2017 oleh .

Uncharted merupakan salah satu permainan yang popular dikalangan pemain seluruh dunia. Terkini, permainan berkenaan telah menyambut ulang-tahun ke-10nya pada 19 November, dan bersempena dengannya, Sony menyediakan beberapa kandungan khusus untuk para pengguna PlayStation.

Sony menawarkan tema khusus Uncharted 1-th Anniversary PS4 System Theme, dan juga avatar khusus untuk para peminat Uncharted – dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada PlayStation Store. Anda boleh menyemaknya di PlayStation Store dengan membuat carian “Uncharted 10th Anniversary Bundle”.

Uncharted

Disamping itu, beberapa kandungan Uncharted ditawarkan pada harga diskaun untuk para pemain PlayStation.


TIPS & ULASAN