Bagi anda yang meminati permainan simulasi bola sepak, tetapi tidak ingin membelinya – kini Konami menawarkan versi asas Pro Evolution Soccer 2018 secara percuma, dibawah nama PES 2018 Lite.

PES 2018 Lite

Melalui PES 2018 Lite, ia menawarkan akses kepada permainan Online MyClub dan juga mod PES League. Disamping itu, anda turut boleh memainkan Training Mode dan juga Offline Exhibition – semuanya secara percuma.

Seperti permainan percuma lain, pengguna turut ditawarkan kemudahan untuk menaik-taraf dan membuat pembelian dalam-aplikasi.

Sekiranya anda ingin memainkan pelbagai pasukan bola sepak, atau memainkan Master League, anda akan diperlukan untuk membeli permainan penuh Pro Evolution Soccer 2018.

Bagi anda yang ingin mendapatkan pengalaman terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, mungkin boleh mendapatkan PES 2018 LITE ini secara percuma untuk PC atau PS4 anda hari ini.

Muat-Turun PES 2018 Lite untuk PC

Muat-Turun PES 2018 Lite untuk PS4

Sohor Kini