Bulan lepas, Koei-Tecmo berkongsi berkenaan permainan terbaru Attack On Titan 2 dimana pemain berupaya untuk membina watak sendiri, hari ini Koei-Tecmo berkongsi trailer terbaru bagi permainan tersebut dimana ia memaparkan penuh aksi bentuk permainan tersebut.

Berdasarkan trailer tersebut, pemain akan berpeluang untuk bertempur dengan gergasi, Beast Titan yang dikenalkan di siri anime Attack On Titan dimana beliau adalah gergasi yang berupaya untuk bercakap. Ia juga mempunyai bentuk permainan yang lebih dinamik dan pantas dimana pemain akan menggunakan alatan 3D maneuver gear untuk bertempur bersama gergasi-gergasi tersebut.

Attack On Titan 2 merupakan permainan yang diadaptasikan dari siri anime Attack on Titan yang sangat popular. Permainan ini merupakan sekuel untuk permainan Attack On Titan: Wings Of Freedom yang dilancarkan pada 2016 yang lepas. Attack On Titan 2 akan dilancarkan pada Mac 2018 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini