Informasi Permainan Video Terkini
Attack On Titan 2 Bakal Dilancarkan Mac 2018 – Pemain Berupaya Untuk Membina Watak Sendiri

Attack On Titan 2 Bakal Dilancarkan Mac 2018 – Pemain Berupaya Untuk Membina Watak Sendiri

Diterbitkan pada Okt 26, 2017 oleh .

Minggu ini, Koei Tecmo berkongsi berkenaan informasi lanjut berkenaan permainan Attack On Titan 2 yang bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Penceritaan permainan Attack On Titan 2 kali ini bakal memfokuskan watak yang baru dimana pemain berupaya untuk membina watak sendiri sama ada lelaki atau wanita. Pemain juga berupaya mereka bentuk keseluruhan muka dan rambut watak tersebut. Pemain juga berupaya untuk bermain watak-watak asal dari siri Attack On Titan tersebut seperti Eren Jaeger, Mikasa Ackerman, Armin Arlert, Levi, Miche Zacharias, Nanaba, Gelgar, Ymir, dan Christa Lenz.

Attack On Titan 2 akan menyertakan fungsi kawalan Titan yang lebih tepat dengan pergerakkan dan serangan yang ditingkatkan. Ketika luar pertempuran, pemain juga berupaya untuk berlatih dan berinteraksi dengan watak-watak lain untuk meningkatkan lagi hubungan antara penduduk-penduduk di dalam permainan tersebut

Attack On Titan 2 merupakan permainan yang diadaptasikan dari siri anime Attack on Titan yang sangat popular. Permainan ini merupakan sekuel untuk permainan Attack On Titan: Wings Of Freedom yang dilancarkan pada 2016 yang lepas.

Di dalam dunia Attack On Titan 2, pemain perlu menempuh halangan dan takhlukan makhluk-makhluk gergasi yang cuba untuk makan manusia. Dilengkapkan dengan alatan 3D maneuver gear, pemain berupaya untuk bertempur dengan mahkhluk gergasi tersebut untuk menewaskan mereka.

Bagi anda yang meminati siri anime Attack On Titan, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini pada Mac 2018 kelak.