Half-Brick, pembangun disebalik permainan popular Fruit Ninja hari ini telah mula menawarkan sebuah permainan mudah-alih baru dibawah genre seram, dinamakan sebagai Shadows Remain.
Berbeza dengan pelbagai permua lain, Shadows Remain menawarkan bentuk permainan berasaskan Augmented Reality. Anda akan memainkan latar kisah disebalik seorang ibu yang mencari anaknya yang hilang dalam kegelapan. Pemain akan menggunakan AR untuk menyelesaikan pelbagai misteri dan tekaria – sekaligus menawarkan bentuk permainan yang berbeza berbanding kebiasaannya.
Shadows Remain akan menawarkan sejumlah episod permainan yang berbeza-beza dan akan ditawarkan sebagai kemaskini berperingkat untuk bulan-bulan akan datang.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan Shadows Remain ini secara percuma daripada AppStore hari ini.
[download]Muat-Turun Shadows Remain untuk iPhone[/download]