Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XII: The Zodiac Age Telah Terjual Lebih 1 Juta Salinan Setakat Ini

Final Fantasy XII: The Zodiac Age Telah Terjual Lebih 1 Juta Salinan Setakat Ini

Diterbitkan pada Okt 27, 2017 oleh .

Hari ini Square-Enix mengumumkan bahawa permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age telah terjual melebihi 1 juta salinan. Ia merupakan hasil jualan antara kedua-dua bentuk fizikal dan digital sejak pelancaran permainan tersebut Julai lepas.

Untuk menyambut kejayaan tersebut, Square-Enix melancarkan trailer baru berdasarkan trailer asal permainan tersebut dan juga Isamu Kamikokuryo, pereka kawasan permainan tersebut melakarkan ilustrasi khas buat permainan tersebut yang memaparkan watak Larsa dan pasukannya.

Ini merupakan satu kejayaan yang besar memandangkan permainan tersebut hanya sebuah permainan pernambah-baikkan dari Final Fantasy XII yang dilancarkan di Playstation 2 pada tahun 2006 lepas. Hiroaku Kato, selaku penerbit permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age juga menyatakan mereka sangat gembira dengan berita ini dan berterima kasih kepada peminat yang memberi sokongan mahupun peminat asal dan juga peminat baru.

Bagi anda yang masih belum memiliki permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan tesebut yang dipernambah-baikkan secara esklusif di Playstation 4 sekarang.