Bluehole Studio, terkenal permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds, Tera dan permainan Ascent: Infinite Realm yang diumumkan baru-baru ini, hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan permainan terbaru bagi konsol Playstation 4 dan Switch yang mana mereka bakal memfokuskan pasaran Asia.

Namun, nama rasmi bagi permainan tersebut masih belum lagi diumumkan kerana ia masih lagi di peringkat awal pembangunan. Menurut Bluehole Studio, permainan tersebut merupakan permainan terbaru dan bukan berdasarkan permainan mereka yang sebelum ini seperti PUBG dan Tera.

Seperti biasa, Kami di Aksiz akan berkongsi berkenaan permainan tersebut apabila Bluehole Studio mengumumkannnya kelak.

Sohor Kini