Pengeluar permainan Kakao Games hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan permainan multi-pemain MMORPG, Ascent: Infinite Realm yang dibangunkan oleh Bluehole Studio.
https://www.youtube.com/watch?v=uvZo59uhz5E
Ascent: Infinite Realm ialah permainan fantasi dengan bertemakan steampunk dengan memfokuskan pertempuran udara dengan kapal-kapal magis. Pemain juga berupaya untuk mengembara dunia yang luas dengan menaiki kapal dan menerbang menerokai dunia tersebut.
Kakao Games masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut, namun mereka menyatakan beta permainan tersebut bakal diadakan pada pertengahan pertama pada tahun 2018.
Untuk pelbagai lagi informasi berkenaan permainan ini, anda boleh melayari laman rasmi permainan tersebut dibawah.
[info] Laman Rasmi : Ascent: Infinite Realm [/info]