Bersempena dengan pelancaran permainan Resident Evil Revelation 1 & 2 untuk konsol Nintendo Switch pada 28 November ini, Capcom baru sahaja berkongsi trailer terbaru buat permainan tersebut dengan memaparkan beberapa fungsi terbaru bagi permainan tersebut sempena pelancarannnya dia Switch.

Selain mini-permainan retro yang diumumkan bulan lepas, Capcom juga menyertakan beberapa bentuk permainan kawalan secara pergerakkan dengan menggunakan alat kawalan JoyCon Nintendo Switch. Dengan menggunakan kawalan secara pergerakkan tersebut, pemain berupaya untuk menyasar penembakkan, mengisi peluru dan menggunakan serangan pisau dengan menggerakkan JoyCon.

Pemain juga berupaya untuk menggunakan dua JoyCon secara berasingan untuk bermain permainan tersebut secara koperasi dan juga sokongan Amiibo untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti peluru dan kelengkapan di dalam permainan tersebut.

Ini bukanlah pertama kali permainan Resident Evil digunakan dengan kawala pergerakkan, sebelum ini Resident Evil 4 pernah dilancarkan di Nintendo Wii dengan sokongan kawalan secara pergerakkan menggunakan Wiimote.

Permainan Resident Evil Revelation 1 & 2 akan tiba pada 28 November ini di konsol Nintendo Switch.

Sohor Kini