Skip to main content

Ogos lepas, Capcom mengumumkan permainan Resident Evil: Revelation 1 dan 2 bakal tiba di Nintendo Switch pada 28 November ini, kini Capcom mengumumkan mini-permainan esklusif yang bakal tiba bagi permainan tersebut di Nintendo Switch.

Mini-permainan tersebut bakal mengandungi bentuk permainan diinspirasikan permainan retro dan kedua-dua permainan tersebut mempunyai bentuk permainan yang berbeza. Bagi permainan Resident Evil: Revelations, Capcom akan menyertakan permainan “Ghost Ship Panic” dimana pemain perlu menembak musuh yang muncul di skrin. Manakal permainan Resident Evil Revelations 2 pula pemain berupaya untuk bermain “Ghouls ‘n Homunculi” iaitu sebuah permainan seakan 2D platformer.

Kedua-dua permainan tersebut akan tiba pada 28 November ini di konsol Nintendo Switch.

Leave a Reply