Skip to main content

Awal minggu ini, Capcom menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan permainan secara esklusif buat konsol Nintendo Switch, antaranya adalah permainan Ace Attorney. Kini, menurut laporan Kotaku UK, Capcom diperkatakan bahawa sedang membangunkan tiga permainan Ace Attorney yang mana ia bakal tiba pada 2018 ini.

Dua daripada tiga permainan tersebut merupakan permainan kompilasi dimana ia akan disertakan bersama tiga siri permainan Ace Attorney yang pertama iaitu, Phoenix Wright: Ace Attorney, Phoenix Wright Ace Attorney Justice For All dan Phoenix Wright: Ace Attorney Trials and Tribulations. Manakala permainan kedua adalah berdasarkan permainan Ace Attorney yang dilancarkan di 3DS iaitu Apollo Justice: Ace Attorney, Phoenix Wright Ace Attorney Dual Destinies dan Phoenix Wright: Ace Attorney Spirit Of Justice.

Menurut laporan Kotaku UK, permainan tersebut bakal dilancarkan antara April sehingga October 2018. Manakala, permainan ketiga Ace Attorney tersebut merupakan permainan terbaru yang bakal dilancarkan secara serentak di Nintendo Switch dan peranti telefon pintar pada penhujung 2019. Ia juga dilaporkan bahawa akan disertakan bersama 5 kes ketika pelancaran permainan tersebut dengan watak Phoenix Wright sebagai watak utama.

Leave a Reply