Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Mengesahkan Pembangunan Permainan Untuk Konsol Nintendo Switch Menjelang 2018

Capcom Mengesahkan Pembangunan Permainan Untuk Konsol Nintendo Switch Menjelang 2018

Diterbitkan pada November 13, 2017 oleh .

Menurut laporan laman Jiji temu ramah bersama Haruhiro Tsujiro, COO Capcom mengesahkan bahawa Capcom sedang membangunkan permainan buat konsol Nintendo Switch termasuklah permainan terbaru buat siri Ace Attorney.

Laporan tersebut diterjemah oleh Takashi Mochizuki daripada Wall Street Journal dimana beliau menyatakan permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan pada April 2018 kelak.

Ini merupakan pengumuman yang menarik kerana Capcom tampaknya tidak memberi begitu banyak perhatian terhadap konsol Nintendo Switch kerana mereka sering melancarkan permainan dalam bentuk pernambah-baikkan bagi konsol tersebut seperti permainan Resident Evil Revelation dan Street Fighter II.

Walaupun konsol Nintendo Switch kurang berkuasa dari spesifikasi konsol lain seperti Playstation 4 dan Xbox One, konsol tersebut telah terjual melebih 7.6 juta unit dan kebanyakkan pembangun permainan sudah mula mengambil perhatian dan melancarkan sebilangan permainan seperti Bethesda Softworks dan Square-Enix.

Dengan sokongan permainan dari Capcom di Nintendo Switch, kami percaya peningkatan jualan konsol tersebut bakal meningkat menjelang 2018 kelak.