Informasi Permainan Video Terkini
Kini Anda Boleh Dapatkan Kostum Bertemakan Alola Secara Percuma Buat Permua Pokemon Go

Kini Anda Boleh Dapatkan Kostum Bertemakan Alola Secara Percuma Buat Permua Pokemon Go

Diterbitkan pada November 14, 2017 oleh .

Bersempena dengan pelancaran Pokemon Ultra Sun dan Ultra Moon pada 18 November ini, Niantic Labs bekerjasama bersama The Pokemon Company untuk melancarkan kostum untuk avatar watak di dalam permua Pokemon Go bertemakan Alola daripada permainan Pokemon Ultra Sun dan Ultra Moon.

Kostum tersebut akan disertakan secara percuma untuk semua pemain Pokemon Go. Pemain akan mendapat topi, capal, seluar pendek dan sebagainya.

Pokemon Ultra Sun dan Ultra Moon akan dilancarkan 18 November ini buat konsol Nintendo 3DS, bersempena dengan pelacaran permainan tersebut juga, Maxsoft Pte Ltd bersama The Magic Rain juga mengadakan acara khas pelancaran permainan tersebut di Lot 10, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan sebilangan kostum khas bertemakan Alola dari siri Pokemon Ultra Sun dan Ultra Moon sekarang melalui permua Pokemon Go.