Skip to main content

Bersempena pelancaran permainan Pokemon Ultra Sun dan Ultra Moon yang bakal berlangsung bulan ini, kerjasama antara The Magic Rain, Maxsoft Pte Ltd dan The Pokemon Company, mereka bakal mengadakan acara khas pelancaran permainan tersebut pada 18 dan 19 November ini di Lot 10, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Pokemon Ultra Sun dan Ultra Moon merupakan siri permainan pengembaraan Pokemon terbaru yang bakal dilancarkan di Nintendo 3DS. Permainan tersebut bakal meletakkan pemain di rantau Alola dimana ia mempunyai penceritaan yang berbeza berbanding Pokemon Sun dan Moon yang dilancarkan tahun lepas.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, terdapat juga pelbagai aktiviti seperti permainan Trading Card Game, pameran-pameran sejarah siri permainan Pokemon dan pelbagai barangan rasmi Pokemon yang akan dijual ketika acara tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadirkan diri ke acara pelancaran Pokemon Ultra Sun dan Ultra Moon pada 18 dan 19 November ini di Lot 10, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Leave a Reply