Skip to main content

Hari ini Nintendo mengumumkan dilaman rasminya bahawa mereka telah terjual konsol Nintendo Switch sebanyak 7.6 juta unit seluruh dunia. Berbanding dengan hasil jualan konsol tersebut pada Julai yang lepas dengan hanya 4.7 juta unit. Ia merupakan peningkatan sebanyak hampir 3 juta unit dengan hanya 3 bulan sahaja.

Menariknya hasil jualan permainan bagi Nintendo Switch mencecah 27.4 juta berbanding Julai lepas hanya 13 juta. Sekaligus ia meningkat dengan sekali ganda dengan masa 3 bulan sahaja. Manakala bagi konsol Nintendo 3DS, ia mempunyai peningkatan dengan hanya 1 juta unit bagi nilai konsol yang terjual berbanding Julai lepas.

Untuk pada masa akan datang, Nintendo meramalkan bahawa mereka bakal menjual konsol Nintendo Switch sehingga 14 juta unit menjelang Mac 2018 dan hasil jualan permainan melebihi 50 juta unit.

Leave a Reply