Skip to main content

Bandai Namco minggu ini melancarkan DLC pernambahan terbaru buat permainan Little Nightmares iaitu The Hideaway. DLC tersebut boleh didapati di konsol Playstation 4, Xbox One dan Steam dengan harga RM19.

DLC pernambahan The Hideaway tersebut bakal menceritakan misi sampingan di kawasan enjin dimana pemain akan mengawal sebagai Kid dan mengembara di dunia Maw dengan bantuan Nomes.

Little Nightmares adalah permainan pengembaraan platformer yang dibangunkan oleh Tarsier Studio dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Permainan tersebut dilancarkan pada April lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC. Sepanjang pelancaran permainan tersebut, terdapat 3 DLC pernambahan utama yang dirancangkan untuk dilancarkan yang mana ia merupakan sebahgian daripada DLC Secrets Of The Maw.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini bersama DLC, anda boleh membeli permainan tersebut dimana-mana pengedar rasmi permainan tersebut ataupun di kedai atas-talian mengikut konsol.

Leave a Reply