Skip to main content

Bagi mereka yang ingin bermain permainan perlawanan adiwira dari komik DC di PC, anda kini berpeluang untuk mencubanya. Warner Bros. Interactive dan NetherRealms Studios hari ini mengumumkan bahawa permainan perlawanan Injustice 2 bakal tiba di PC melalui Steam dan Windows Store pada 14 November ini.

Permainan perlawanan yang dibangunkan oleh NetherRealms Studios ini juga akan disertakan bersama beta terbuka bagi semua pemain bermula hari ini melalui Steam. Melalui beta tersebut, pemain hanyalah berupaya untuk bermain mod permainan multi-pemain 1v1 sahaja. Segala mod permainan dan juga mod penceritaan akan disertakan ketika ia dilancarkan kelak pada 14 November ini.

Injustice 2 sudah dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada Mei yang lepas.

[download] Muat-Turun – Beta Terbuka Injustice 2 [/download]

Leave a Reply