Skip to main content

Untuk anda yang meminati permainan berbentuk pengurusan bola sepak, semestinya permainan Football Manager tidak asing untuk anda. Terkini, SEGA telah mengumumkan penawaran Football Manager Mobile 2018 untuk penggun Android dan juga iOS.

Football Manager Mobile 2018

Melalui permainan ini, anda akan boleh menguruskan satu kelab bola sepak, dan membawa ia menandingi pelbagai liga untuk membawa kelab bola sepak anda ke hadapan.

Permainan baru ini telah dikemaskini dengan antaramuka baru, serta menawarkan lebih 1000 penambah-baikkan berbanding versi tahun lepas. Beberapa ciri-ciri pengurusan pemain, tindak balas, dan arahan kelab juga turut telah dikemaskini yang bakal menawarkan bentuk permainan yang lebih baik lagi.

Football Manager Mobile 2018 ini ditawarkan pada harga RM37.90 dan boleh dibeli di Google Play Store untuk Android, dan juga Apple App Store untuk iPhone.

[download]Muat-Turun Football Manager Mobile 2018 untuk Android[/download] [download]Muat-Turun Football Manager Mobile 2018 untuk iPhone[/download]

Leave a Reply