Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Trailer Permainan LA Noire Buat Konsol Nintendo Switch

Jom Tonton : Trailer Permainan LA Noire Buat Konsol Nintendo Switch

Diterbitkan pada November 10, 2017 oleh .

Rockstar hari ini melancarkan trailer terbaru buat permainan pernambah-baikkan LA Noire untuk konsol Nintendo Switch. Permainan tersebut bakal tiba pada 14 November ini.

Permainan LA Noire versi Nintendo Switch bakal menyertakan beberapa bentuk permainan yang berbeza seperti keupayaan untuk mengawal dengan skrin sesentuh, alat kawalan JoyCon bersama kawalan gyroscopic dan juga fungsi HD Rumble yang terdapat di JoyCon tersebut.

LA Noire adalah permainan aksi detektif yang dilancarkan oleh Rockstar pada 2011 yang lepas. Ketika itu, ia hanya ditawarkan untuk PC, Xbox 360 dan juga PlayStation 3. Kini, Rockstar Games mengumumkan yang mana permainan in bakal hadir untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 14 November ini. Minggu ini, Rockstar juga mengumumkan bahawa mod realiti-maya bagi permainan LA Noire tersebut ditangguhkan ke Disember ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh mendapatkannya pada 14 November ini dimana-mana pengedar rasmi permainan tersebut.