Skip to main content

September lepas, Nintendo berkongsi berkenaan informasi lanjut permainan Xenoblade Chronicles 2. Minggu ini, Nintendo mengadakan acara sidang media Nintendo Direct khas secara langsung di Youtube berkenaan permainan yang bakal tiba 1 Disember ini iaitu Xenoblade Chronicles 2 khas di Nintendo Switch. Menurut Nintendo, mereka bakal menyertakan bersama pernambahan percuma suara latar bahasa Jepun buat permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak.

Nintendo juga mengumumkan bahawa pas pernambahan bagi permainan tersebut akan dilancarkan dengan harga $30(~RM126) dengan kandungan tambahan yang bakal tiba secara berperingkat. Berikut adalah senarai kandungan tambahan yang bakal tiba pada:

  • Disember 2017 – Kelengkapan sokongan buat pemain
  • Januari 2018 – Misi baru untuk permainan utama
  • Musim bunga 2018 – ‘Blade’ baru terhad buat permainan
  • Musim panas 2018 – ‘Challenge Battle Mode’ baru
  • Musim luruh 2018 – Penceritaan baru bersama pengembaran baru

Setiap pernambahan tersebut tidak boleh dibeli secara berasingan.

Nintendo juga mengumumkan bahawa bermula hari ini, bagi pemain yang mempunyai permainan The Legend of Zelda: Breath of the Wild, mereka berpeluang untuk mendapatkan kostum Rex daripada permainan Xenoblade Chronicles sebagai misi sampingan di permainan The Legend of Zelda: Breath of The Wild.

Pada sidang media yang sama, Nintendo juga mengumumkan edisi terhad permainan tersebut bersama alat kawalan Nintendo Switch Pro Controller permainan Xenoblade Chronicles. Permainan tersebut sudah boleh dipra-tempah dimana-mana pengedar rasmi Nintendo dan juga di Nintendo eShop.

Xenoblade Chronicles 2 merupakan permainan yang dibangunkan oleh Monolith Soft. Ia merupakan sekuel kepada permainan Xenoblade Chronicles yang dilancarkan di Nintendo Wii dan New Nintendo 3DS beberapa tahun lepas.

Leave a Reply