Xenoblade Chronicles 2 diumumkan ketika pengumuman Nintendo Switch Januari yang lepas dan dibangunkan oleh Monolith Soft. Ia merupakan sekuel kepada permainan Xenoblade Chronicles yang dilancarkan di Nintendo Wii dan New Nintendo 3DS beberapa tahun lepas.

Sempena acara Nintendo Direct, Nintendo sempat berkongsi pelbagai informasi lanjut berkenaan permainan ini. Antaranya adalah tarikh pelancaran permainan ini iaitu pada 1 Disember ini. Xenoblade Chronicles 2 adalah permainan pengembaraan RPG yang dibangunkan khas di Nintendo Switch.

Pemain bakal mengembara bersama watak Rex dan Pyra untuk menyelamatkan dunia daripada dimusnahkan. Sepanjang pengembaraan, Rex akan bertemu dengan pelbagai watak, termasuklah Pyra yang merupakan senjata Blades dimana beliau mempunyai kuasa untuk berkongsi senjata dan teknik perlawan dengan Drivers.

Bentuk permainan Xenoblade Chronicles 2 adalah dalam bentuk aksi pengembaraan dimana pemain berupaya untuk berkongsi kuasa bersama Blade untuk membuat serangan kombinasi yang kuat. Pemain juga berupaya untuk menukar blade mengikut kesesuai keadaan dan juga untuk membuat pelbagai lagi kombinasi serangan yang kuat.

Nintendo juga mengumumkan edisi Xenoblade Chronicles 2 alat kawalan Nintendo Switch Pro Controller secara terhad bersama dengan edisi terhad permainan yang disertakan bersama cakera muzik latar, bekas besi terhad dan juga buku seni khas permainan Xenoblade Chronicles 2.

Xenoblade Chronicles 2 bakal tiba 1 Disember ini secara esklusif di Nintendo Switch. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini di mana-mana pengedar rasmi Nintendo.

Sohor Kini