Skip to main content

Humble Bundle sering hadir dengan pelbagai penawaran permainan menarik untuk para pemain video seluruh dunia. Terkini, mereka hadir dengan penawaran permainan memfokuskan permainan genre simulasi dibawah apa yang dikenali sebagai Humble Strategy Simulator Bundle.

Humble Bundle

Melaluinya, pelbagai permainan simulasi ditawarkan. Pada bayaran minima $1, pengguna akan diberikan dengan permainan Rebuild 3 : Gangs of Deadsville, Simple Planes, dan juga Out of the Park Baseball 18.

Pada bayaran harga purata (sekitar $5 ketika artikel ini ditulis), anda akan menerima permainan Mad Games Tycoo, Plague Inc Evolved, dan juga Train Simulator 2017.

Dan pada harga bayaran $10 dan ke atas, anda akan menerima permainan popular Cities Skylines Deluxe Edition dan semua permainan yang lain.

Seperti biasa, anda boleh tetapkan pembahagian sumbangan anda kepada pembangun permainan, badan kebajikan dan sebagainya.

[info]Layari : Humble Strategy Simulator Bundle[/info]

Leave a Reply