Bersempena dengan pelancaran permainan Skyrim VR pada 17 November ini, Sony Interactive Entertainment bakal melancarkan bersama berkas Playstation VR bersama permainan Skyrim VR.
Berkas tersebut bakal menyertakan bersama Playstation Camera, alat kawalan Playstation Move, fon kepala Playstation VR dan juga permainan Skyrim VR. Menurut Sony juga, Playstation VR yang disertakan adalah set Playstation VR yang model baru yang diumumkan oleh Sony pada Oktober lepas yang disertakan bersama fon telinga secara terbina.
Namun, buat masa ini berkas ini hanyalah dijualkan di Amerika Syarikat sahaja. Bagi pasaran global, Sony masih lagi belum mengumumkan sebarang pengumuman buat permainan ini dan juga set Playstation VR yang baru ini.